Semakan keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) program pengajian lepasan STPM atau setaraf sesi akademik 2011/2012 sudah boleh dilakukan mulai 15 September 2011.
Mereka yang membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukakan rayuan bolehlah membuat semakan. jika menghapi kesukaran untuk melayari laman web yang berkenaan cuba buat semakan diwaktu lain kerana pada kebiasaannya berlaku kesesakan di awal semakan dibuka.
Semakan e-rayuan bolehlah dibuat terus ke laman web universiti yang dipilih...
Surat Tawaran
Mereka yang berjaya dalam rayuan boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran di laman web IPTA berkaitan seperti di atas mulai 17 September 2011.
Dasar Pemilihan Rayuan
- Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.
- Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 30 September 2011, maka rayuan dianggap gagal.
Peringatan
- Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Kementerian Pengajian Tinggi atau UPU dan semua universiti yang berkenaan tidak pernah melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.
- Semua pengurusan berpusat adalah melalui BPKP JPT dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8870 6767 atau Helpline 03 8870 6777 atau talian am 03 8870 6755 / 6766 atau faks 03 8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my