Selamat Datang Ke Unit Bimbingan & Kaunseling Segar

"1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING"

KENALI SEKOLAH KAMI

SEJARAH SEKOLAH
  • ·         Wujud sejak 1959 atas nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Rawang yang menumpang di bangunan Sekolah Rendah Sinaran Budi.
  • ·         Pada 25 Mac 1969 nama ditukar kepada Government English School dan dirasmi oleh YB Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pendidikan.
  • ·         Pada 2 Julai 1977, nama ditukar kepada SMK Seri Garing dan  dirasmi oleh YB Chan Siang Sang, Timbalan Menteri Pendidikan.



LAMBANG KAMI

·         Dicipta oleh Encik Kee Choon Sing pada tahun 1967
·         Berbentuk sebuah segi tiga melintangi sebuah bulatan
·         Geometrik yang melambangkan kesempurnaan
·         Bunga raya ditaip dipenjuru melambangkan tiga kaum utama di Malaysia
·         Buku yang membawa maksud minat digunakan sebagai titik pertemuan bunga raya
·         “Obor Kehidupan” yang sentiaas berterusan di atas buku tersebut menunjukkan satu semangat mesyarakat untuk menggalakkan pembelajaran
·         Rantai bertaut menunjukkan inspirasi masyarakat dalam usaha meningkatkan kemajuan pelajaran
·         Tiga segi melambangkan tiga kuaa yang sama rata dalam usaha memajukan bidang akademik dan sukan
·         Bulatan luar adalah merupakan salah satu bulatan olimpik


PIAGAM SEKOLAH 

     SEGAR dalam merealisasikan wawasan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah harian yang unggul selaras dengan motto “Tekun, Jujur, Jaya” akan berusaha menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut:

Kepada Staf
Akan mendapat kemudahan dan kelengkapan terbaik bagi melicinkan proses kerja dan peluang latihan ke arah memajukan diri.

Kepada Ibu Bapa
Akan melayani kehendak ibu bapa yang berurusan dengan pihak sekolah dalam masa kurang satu jam.

Kepada Pelajar
Akan memperoleh pendidikan terunggul dengan pencapaian antara sekolah harian terbaik di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya berlandaskan nilai-nilai keagamaan dan moral. Tiada pelajar yang buta huruf dan keciciran.

Kepada Masyarakat dan Negara
Akan melahirkan insane yang mempunyai jati diri dan bertanggungjawab untuk memenuhi hasrat Negara



VISI SEGAR

Menjadi sebuah sekolah harian yang unggul dalam semua bidang menjelang  tahun 2012


MISI SEGAR

SEGAR akan sentiasa berusaha dan komited untuk:                                                      
Memastikan program kurikulum dan kokurikulum yang cemerlang
Pengawasan sekolah yang cekap dan berkesan
Pembentukan sahsiah warga sekolah yang tinggi
Persekitaran sekolah yang kondusif dan hubungan erat dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang mencukupi dan prasarana yang lengkap

CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN



PENGETUA 
Pn. Hoo Chee Lean, PJK
Pengetua SMK Seri Garing