Selamat Datang Ke Unit Bimbingan & Kaunseling Segar

"1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING"

BICARA KAUNSELOR

CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING 






LATAR BELAKANG

Pembangunan ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan Negara. Justeru itu, peranan kami menjadikan tonggak utama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Garing merupakan unit yang penting dalam mencapai kemenjadian murid masa kini.
Unit kami terletak di blok utama iaitu blok A. Ia terdiri daripada 5 buah bilik yang terdiri daripada bilik pengurusan, bilik kaunseling individu dan bilik kaunseling kelompok.


VISI

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2011

MISI


Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.


FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.





Ruang Menunggu di Bilik Kaunseling

Bilik Sesi Kaunseling Individu


Kaunter Kaunseling


Bilik Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Sistem Fail 

Laluan ke Bilik Kaunseling



Laluan Ke Bilik Kaunseling


PIAGAM PELANGGAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1.       Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik
2.       Menerima klien tanpa syarat dan prejudis
3.       Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme
4.       Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien
5.       Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 minit hingga 60 minit bagi setiap sesi individu ataupun kelompok
6.       Menepati temujanji bersama klien dengan member khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam
7.       Memberikan keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis
8.       Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling
9.       Member maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika
10.   Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada Negara.