Program Maju Diri ini telah diadakan pada awal tahun 2011. Semua murid tingkatan 1 dan juga peralihan telah mengikuti program ini seramai 491 orang murid. Tahniah.. Semuanya berjalan dengan lancar. Malah semua guru-guru juga telah bekerjasama secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan program ini.
Murid-murid berkumpul di dewan
Murid-murid mendengar taklimat ringkas tentang SMK Seri Garing
Murid-murid khusyu' mendengar taklimat
Laporan Program
Bidang | Hal Ehwal Pelajar |
Unit | Unit Bimbingan dan kaunseling |
Bahagian | Psikososial dan kesejahteraan mental |
Nama Program | Orientasi Tingkatan 1 dan Peralihan |
Tarikh | 30 Disember 2010, 3,4 & 5 Januari 2011 |
Tempat | Dataran Blok C Dewan SEGAR |
Rasional | Mewujudkan generasi pelajar yang cemerlang sahsiah dan akademiknya. |
Objektif | 1. Memberi pengenalan mengenai sekolah dan persekitarannya. 2. Memberi penerangan tentang disiplin supaya pelajar memperolehi kecemerlangan diri. 3. Memberikan pendedahan tentang mata pelajaran dan persediaan belajar 4. Memberi motivasi dan keyakinan kepada pelajar agar sentiasa meningkatkan prestasu akademik dan memiliki sahsiah yang boleh dibanggakan. |
Tempoh | 4 hari |
Sasaran | Pelajar tingkatan 1 dan Peralihan |
Kehadiran | Pelajar tingkatan 1 dan peralihan |
Cara Perlaksanaan | Taklimat dan tayangan slaid |
Modus Operandi | 1. Mengumpulkan pelajar 2. Taklimat 3. Tayangan slaid |
Guru-guru Terlibat | Guru Bimbingan dan Kaunseling: · Pn. Siti Fairus Binti Ismail · Pn. Zaharida Binti Shafai · Pn. Siti Hanim Binti Zainal Abidin · Pn. Mariammal a/p Munusamy · En. Vikneswara Rao |
Keputusan/Penilaian | Pelajar dapat memberi kerjasama yang baik semasa program berlangsung |
Ulasan/Impak | Secara keseluruhan, program ini memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar dari segi pengetahuan tentang maklumat sekolah seperti disiplin, buku teks, sukan, Pusat Sumber dan Kaunseling |
Dokumentasi Sokongan | 1. Gambar 2. Kertas kerja |
Pelapor | Pn. Siti Fairus Ismail |
Pemantau | En. Azman Osman |