Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2011. Para pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik adalah dipelawa untuk memohon biasiswa politeknik tajaan JPA ini.
Politeknik KPT ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan di peringkat diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Seiring dengan pelan transformasi, Politeknik KPT menawarkan program pengajian di peringkat diploma dan diploma lanjutan termasuk program sijil kemahiran kepada calon berkeperluan khas.
Sehingga sesi Julai 2011, terdapat sebanyak 54 program peringkat diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan ditawarkan di 27 politeknik seluruh negara. Ketika ini terdapat 88,000 pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di Politeknik KPT.
Syarat Permohonan
Setakat ini tiada maklumat syarat permohonan untuk tawaran permohonan biasiswa politeknik 2011 di laman web JPA. Kami akan mengemaskini syaratnya di sini apabila maklumat tersebut disediakan. Sebagai panduan sila rujuk syarat yang ditetapkan pada tahun lepas di Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2010.
Permohonan
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman webPermohonan Biasiswa Politeknik JPA.
- Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar di laman webhttp://esilav2.jpa.gov.my untuk mendapatkan katalaluan secara percuma.
- Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
- Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
- Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011”.
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 15 September 2011.