Kami sentiasa mendoakan kejayaan anak didik kami...
Semoga Berjaya!!!!!!
Selamat Datang Ke Unit Bimbingan & Kaunseling Segar
Thursday, 27 September 2012
Selamat menjalani Peperiksaan PMR
Tuesday, 27 September 2011
Pertandingan Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Pertandingan Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Pada 22 September 2011, Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Garing telah pun menyertai pertandingan merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi daerah Gombak di SM Vokasional Sungai Buloh. Temanya ialah ‘1 blog, 1 sekolah kea rah transformasi perkhidamtan bimbingan dan kaunseling’ Antara pertandingan yang telah pun kami sertai ialah
· Pembinaan Laman facebook
· Pembinaan Laman Blog
· Pertandingan Bilik Kaunseling
· Pertandingan video korperat
· Pertandingan kuanselor muda
Syukur kepada tuhan, kami telah pun memenangi Johan untuk pertandingan pembinaan laman blog. Tak disangka, akhirnya kami berjaya memasuki peringkat negeri. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Namun begitu, kami tidak mendapat tempat untuk pertandingan-pertandingan yang lain. Namun, kami tidak beralah. Tahun depan pasti kami akan cuba lagi.
Wednesday, 21 September 2011
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012
Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2012 di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara onlinesekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.

Aliran SBP
Ketika ini ada sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Kementerian Pelajaran menyediakan 60 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama Ikhtisasdan 27 buah SBP menawarkan aliran Sains Teknikal di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran SBP
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Sains Tulen : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Elektif.
Sains Teknikal : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan Fizik, Kimia.
Sains Sosial : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif.
Sains Tulen Agama : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
Aliran Agama Ikhtisas : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas.
Permohonan SBP Tingkatan 4 2012
- Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan.
- Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.
Tarikh Tutup
- Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2012 akan ditutup pada 15 Oktober 2011.
Keputusan Permohonan
- Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2012 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2012.
Maklumat
- Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
- Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010 dan Tingkatan 4 2011.
- Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
- Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my
Sejarah Ringkas S.M.K Seri Garing(SEGAR)
SEGAR ialah akronim bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing Rawang. Sekolah ini diasaskan pada 25 mac 1969, dan penubuhannya dirasmikan oleh Allahyarham Tan Sri Mohammad Khir bin Johari, iaitu Menteri Pelajaran pada masa itu. Ketika dirasmikan, nama sekolah ini ialah'Government English school.
Menyingkap kembali sejarahnya, sekolah ini sebenarnya telah mula beroperasi sejak tahun 1959 lagi atas nama Sekolah Menengah Kebangsaan Inggeris Rawang. Ketika itu, sekolah ini hanya menumpang di Sekolah Sinaran Budi. Namun disebabkan keperluan pendidikan dalam kalangan masyarakat Rawang yang semakin meningkat, maka usaha pembinaan bangunan Segar disegerakan bangunan fasa kedua yang siap pada tahun 1986.
Segar telah mendapat status sekolah menengah sepenuhnya pada Januari 1968. Sejak tarikh itu, sekolah ini telah diuruskan oleh 10 orang pentadbir. Mereka terdiri daripada:
Encik Gurdeep Singh (sehingga Oktober 1969)
Encik R. Sivanoli (November 1969 - Disember 1979)
Encik Cheah Phee Aik (Januari 1980 - Disember 1988)
Encik Muhammad Maarof (Januari 1988 - November 1989)
Ecik Martin Spykerman (Disember 1989 - November 1995)
Encik Chou Lee Hiong (Februari 1995 - April 1995)
Encik Markandan A/L Ratnam (Disember 1995 - Januari 1998)
Puan Liew Kai Leon (Februari 1988 - Julai 2003)
Puan Ho Chee Lean (September 2003 - Mac 2009)
Puan Hajah Azizul bt Abdulah (Mac 2009 - Ogos 2010)
Puan Ho Chee Lean (Ogos 2010 - sekarang)
Pada tahun 1977, Segar mendapat namanya yang digunakan sehingga kini, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing. Nama ini sebenarnya dicipta oleh pelajar yang bernama Hazemi bin Sidek melalui suatu pertandingan mencipta nama sekolah anjuran pihak sekolah. Pada 2 Julai 1977, nama baru ini dirasmikan oleh mandiang Tan Sri Chan Siang San, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu.
Dari segi fizikal, Segar mempunyai 9 buah block bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran, bilik-bilik darjah, makmal, pusat sumber, dan sebagainya. Setiap block dinamakan dengan nama bunga, iaitu Allamanda, Bougainvillea, Calladium Bicolour, Dracaena Marginata, Episcia, Fittonia, Gomphena Globosa, Heliconia, dan Ixora. Manakala bilik-bilik darjah pula dinamakan dengan nama berlian, iaitu Diamond, Ruby, Sapphire, Topaz, Aquamarine, Emerald, Zircon, Amethyst, Citrine, Jade, Jasper, Peridot, Garnet, Turquoise, dan Opal.
Sejak kewujudannya, Segar telah menikmati pelbagai kejayaan dan kecemerlangan. Dalam bidang kokurikulum misalnya, Segar memang memonopoli kecemerlangan dalam kejohanan olahraga di peringkat MSSD Gombak. Manakala dalam bidang kurikulum, warga Segar tentunya bangga dengan kecemerlangan Jeevan A/L Subramaniam sebagai salah seorang pelajar terbaik dalam Penilaian Menengah Rendah di peringkat kebangsaan. Sesungguhnya kecemerlangan ini dapat dicipta kerana usaha gigih dan semangat dedikasi seluruh warga Segar. Hasil usaha dan dedikasi ini sudah pasti menjadi kenangan manis bagi setiap individu di sekolah ini.
Semoga visi dan misi Segar untuk menjadi salah sebuah sekolah harian yang unggul pada suatu hari nanti menjadi kenyataan. Amin.
Jika Anda Ingin Mencapai Kerjayaan Anda Perlu Berfikiran dan Bersikap Positif
Jika anda ingin mencapai kerjayaan anda perlu berfikiran dan bersikap positif di antaranya:
*Anda perlu yakin pada sendiri.*Tidak malu bertanya.*Berdisiplin semasa belajar
*Sedia menerima teguran dan nasihat.
*Menyelesaikan kerja dengan segera.
*sentiasa menghargai masa.
*berdoa.*bertawakal.Buang segala sikap yang negatif antaranya:
*Merasa ragu-ragu dengan kobah2.
*malu untuk bertanya.
*Belajar dengan rambang.
*Mudah mengalihkan usaha kepada perkara lain selain pembelajaran.
*Tidak kisah dengan teguran.
*Tidak bersedia dan kelam kabut di saat akhir.
*Sering menangguh-nangguhkan kerja.
*Mudah putus asa.
Hari Peperiksaan Yang Sebenar Akan Menjelang... Adakah Anda Sudah Bersedia
Hari peperiksaan yang sebenar akan menjelang tiba, anda perlu memumpuk dan mempkukuhkan kestabilan emosi. Jadi, apa perlu anda buat?
Di luar dewan peperiksaan:
*Jangan terpengaruh dengan reaksi yang ditunjukkan oleh rakan-rakan seperti: berlagak,yakin,terlalu takut membaca nota-nota tebal dan berkeliaran.
*Duduk di suatu tempat yang tiada gangguan.
*Membaca nota-nota ringkas sahaja.
Semasa melangkah masuk ke dewan:
*Masuk ke dewan dengan teratur.
*Membaca bismillah.
Tenangkan diri anda:
*Tarik nafas panjang supaya anda tidak panik.
*Keluarkan alat tulis dan bersedia untuk menjawab soalan.
Semasa menjawab soalan.
*Bahagikan masa dengan bijak.
*Jawab soalan yang mudah dahulu.
*Baca arahan dan soalan dengan betul.
*Buat rangka jawapan.
*setelah selesai,semak semula soalan.
"Jika anda fikirkan anda boleh berjaya anda pasti dapat mencapai kejayaan,tetapi dengan syarat anda BERUSAHA.
TITIAN KEJAYAAN
Kadangkala terasa hari-hari yang kita lalui suram, kerana hati yang mulai putus asa akibat kegagalan demi kegagalan, kita menangis keseorangan, terasa tiada sesiapa disisi kita. Seakan tiada lagi harapan untuk melalui perjalanan di hadapan. tetapi ingatlah ada yang sentiasa disisi kita tetapi hanya kita yang sering melupakanNYA. Setiapa saat menjaga kita, setiap detik mentarbiah kita, setiap masa menyokong kita jadi jangan lah bersedih kerana kita masih ada lagi sejadah dan dua tangan untuk bermohon kepada MAHA PEMBUKA SEGALA KESULITAN.. DIA yang memberi kita masalah jadi kenapa kita harus lari darinya, kembalilah kepadaNYA kerana itu sahaja jalan yang pastinya tiada apa yang dapat mengatasi melainkanNYA. Sapulah air mata itu, banguinlah dan teruskan lah melangkah, jang putus asa kerana DIA sentiasa disisi kita.. senyumlah kerana kita masih lagi merasai udara yang segar, jadi nikmati dan hargailah setiap masa yang aa dengan lapang dan senyuman yang terindah. HADAPI ujian yang datang..HAYATI yang tersirat N NIKMATI menempuh ujian ini insyaALLAH di hadapan ada pelangi yang indah menanti.
Tuesday, 20 September 2011
Andai Suasa Sekilat Emas
Pasti Suasa Jadi Sebutan
Andai Ada Bahasa Yang Paling Kemas
Bahasa Itulah Yang Kami Akan Gunakan
Subscribe to:
Posts (Atom)