Selamat Datang Ke Unit Bimbingan & Kaunseling Segar

"1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING"

Wednesday, 21 September 2011

Sejarah Ringkas S.M.K Seri Garing(SEGAR)


SEGAR ialah akronim bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing Rawang. Sekolah ini diasaskan pada 25 mac 1969, dan penubuhannya dirasmikan oleh Allahyarham Tan Sri Mohammad Khir bin Johari, iaitu Menteri Pelajaran pada masa itu. Ketika dirasmikan, nama sekolah ini ialah'Government English school.

    Menyingkap kembali sejarahnya, sekolah ini sebenarnya telah mula beroperasi sejak tahun 1959 lagi atas nama Sekolah Menengah Kebangsaan Inggeris Rawang. Ketika itu, sekolah ini hanya menumpang di Sekolah Sinaran Budi. Namun disebabkan keperluan pendidikan dalam kalangan masyarakat Rawang yang semakin meningkat, maka usaha pembinaan bangunan Segar disegerakan bangunan fasa kedua yang siap pada tahun 1986.

    Segar telah mendapat status sekolah menengah sepenuhnya pada Januari 1968. Sejak tarikh itu, sekolah ini telah diuruskan oleh 10 orang pentadbir. Mereka terdiri daripada:

    Encik Gurdeep Singh (sehingga Oktober 1969)
    Encik R. Sivanoli (November 1969 - Disember 1979)
    Encik Cheah Phee Aik (Januari 1980 - Disember 1988)
    Encik Muhammad Maarof (Januari 1988 - November 1989)
    Ecik Martin Spykerman (Disember 1989 - November 1995)
    Encik Chou Lee Hiong (Februari 1995 - April 1995)
    Encik Markandan A/L Ratnam (Disember 1995 - Januari 1998)
    Puan Liew Kai Leon (Februari 1988 - Julai 2003)
    Puan Ho Chee Lean (September 2003 - Mac 2009)
    Puan Hajah Azizul bt Abdulah (Mac 2009 - Ogos 2010)
    Puan Ho Chee Lean (Ogos 2010 - sekarang)

    Pada tahun 1977, Segar mendapat namanya yang digunakan sehingga kini, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing. Nama ini sebenarnya dicipta oleh pelajar yang bernama Hazemi bin Sidek melalui suatu pertandingan mencipta nama sekolah anjuran pihak sekolah. Pada 2 Julai 1977, nama baru ini dirasmikan oleh mandiang Tan Sri Chan Siang San, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu.

    Dari segi fizikal, Segar mempunyai 9 buah block bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran, bilik-bilik darjah, makmal, pusat sumber, dan sebagainya. Setiap block dinamakan dengan nama bunga, iaitu Allamanda, Bougainvillea, Calladium Bicolour, Dracaena Marginata, Episcia, Fittonia, Gomphena Globosa, Heliconia, dan Ixora. Manakala bilik-bilik darjah pula dinamakan dengan nama berlian, iaitu Diamond, Ruby, Sapphire, Topaz, Aquamarine, Emerald, Zircon, Amethyst, Citrine, Jade, Jasper, Peridot, Garnet, Turquoise, dan Opal.

    Sejak kewujudannya, Segar telah menikmati pelbagai kejayaan dan kecemerlangan. Dalam bidang kokurikulum misalnya, Segar memang memonopoli kecemerlangan dalam kejohanan olahraga di peringkat MSSD Gombak. Manakala dalam bidang kurikulum, warga Segar tentunya bangga dengan kecemerlangan Jeevan A/L Subramaniam sebagai salah seorang pelajar terbaik dalam Penilaian Menengah Rendah di peringkat kebangsaan. Sesungguhnya kecemerlangan ini dapat dicipta kerana usaha gigih dan semangat dedikasi seluruh warga Segar. Hasil usaha dan dedikasi ini sudah pasti menjadi kenangan manis bagi setiap individu di sekolah ini.

    Semoga visi dan misi Segar untuk menjadi salah sebuah sekolah harian yang unggul pada suatu hari nanti menjadi kenyataan. Amin.

1 comment:

  1. KEPADA PELATIH PT3 YANG MENDAPAT KEPUTUSAN KURANG MEMUASKAN BOLEH DATANG KE AKADEMI KEMAHIRAN MINDA ISBAUK CAWANGAN RAWANG
    016-964 6301

    ReplyDelete